Sabtu, 5 Disember 2009

KURSUS LKK

20 SAUDARA BARU KAHWIN

SUBANG JAYA: Seramai 10 pasangan saudara baru yang baru melangsungkan perkahwinan diraikan secara meriah dalam satu majlis perkahwinan di Dewan Kenanga, Kompleks Kerajaan Daerah Petaling, Subang Jaya di sini, semalam.

Majlis yang pertama kali diadakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu membabitkan saudara baru Orang Asli daripada suku Temuan dari Desa Temuan Bukit Lanjan, Air Kuning dan Sungai Rasa, Puchong.

Pendaftar Kanan Nikah Pejabat Agama Daerah Petaling yang juga jurunikah dalam majlis itu, Mohd Sujak Mohamad Dasuki, berkata selain meraikan pasangan pengantin terbabit, majlis juga bertujuan membuktikan kebajikan mereka selepas memeluk Islam tidak diabaikan.

“Kita hendak menunjukkan apabila mereka memeluk Islam, inilah cara pernikahan dijalankan. Malah Islam sendiri menggalakkan pasangan baru bernikah diraikan dalam suasana meriah sebegini” katanya.

Khamis, 3 Disember 2009